Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159.
RSS

Manisnya rasa "Pelik" itu

Assalamualaikum  semua :)

Bismillahirrahmannirahim...

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah telah berikan selama 22 tahun hidup ini.Segala duka,kesakitan yang dilalui dapat memberi seribu pengajaran dalam meneruskan kehidupan ini.
Peace ^^.Rasa dah berkurun sangat meninggalkan blog ni.Terhasilnya blog ini disebabkan tugasan sem lepas,subjek Aplikasi Komputer.Mula-mula bila dapat tahu kena buat blog ni,macam-macam rasa ada.Rasa suka,excited dan rasa malas pun ada..hehehe sebabnya lecture nak blog ni kena hias cantik-cantik,selalu update.Ohhh...nak cerita ape,bukan reti sangat pun nak membebel sorang-sorang :D..kreatif menghias blog..lagi la jauh.Budak akaun??kreatif tgk nombor yela :) tapi usaha jugak mcm mane alasan pun dan akhirnya Alhamdulillah dapat result yg boleh tersenyum lebar.:D.

Ok.cukup mukadimah.berbalik pada tajuk.

Apa yang korang akan pikir bila baca tajuk ni?ke tak pikir pape?hehehe..
Ok.Pernah dengar kan ayat ni?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


Jadi,mesti pernah terdetik rasa "Pelik" tu kan?Alhamdulillah jika pernah sebab itu tanda hidayah dari Allah :)
Dapat tangkap ape rasa pelik itu?Ok,mira cerita sedikit pengalaman mira mengalami rasa pelik itu.
Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah 2 tahun berhijrah.Berhijrah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.Sebenarnya,sejak sekolah rendah lagi bila time habis sekolah suka tengok akak-akak sekolah menengah yang pakai tudung labuh sbb nampk manis sangat dan berhasrat jugak bila sekolah menengah nanti nak pakai macam tu jugak.Alhamdulillah tercapai hasrat tu tapi tak istiqamah.Iman masih rapuh :( .

Bulan 12 tahun 2011,permulaan bagi segala-galanya.Allah beri dugaan,Allah beri rasa pelik itu.Pelik bila keluar pakai tudung tidak menutup dada sepenuhnya,pelik bila keluar pakai baju yang menampakkan bentuk badan,pelik bila keluar pakai seluar yang menampakkan bentuk kaki.Yer,memang rasa pelik sangat time tu.Rasa pelik yang tak pernah rasa + malu sangat.Dan mira sedar sebenarnya dah masanya Allah beri hidayah untuk berubah.Nak berubah memang bukan mudah kan?Semua pakaian kena tukar sebab dah ada rasa malu untuk keluar pakai pakaian yang ada dan tambahan rasa pelik itu terus ada.Nekad,walaupun baru kerja,tapi tetap kena berubah untuk kebaikan sendiri dan untuk orang lain jugak terutamanya kelurga sendiri.Alhamdulillah,dengan rezeki Allah,perlahan lahan dapat melonggarkan mana yang patut dan melabuhkan mana yang patut.
Pada awalnya,apa yang mira pikirkan."kalau aku berubah macam ni,sapa nak kawan dengan aku?mesti dorang xnak keluar dengan aku dah".See..syaitan itu tak pernah mengalah untuk menyesatkan kita.Melemahkan kita dengan perasaan macam tu.Apa yang mira fikirkan jauh meleset sbb kawan-kawan mira dapat menerima mira dengan baik sekali.Thanx korang.Bahagia dapat kawan macam korang ^^.Dah habis rasa pelik tu,datang pulak rasa pelik bila keluar kaki xpakai pape (maksudnya tak pakai sarung kaki) dan time tu mulalah cari orang yang pakai sarung kaki.nampak cantik sangat kaki yang dilindungi dari pandangan orang.Dan bermulalah,penghijrahan yang baru iaitu menutup kaki bila keluar dari rumah.Tapiii...syaitan tu masih berusaha lagi dengan mendatangkan mcm-mcm perasaan untuk menghalang mira meneruskan niat.Nekadkan hati,harus pakai jugak walaupun pada awalnya rasa kekok jugak sebabnya yela selalu pakai sarung kaki bila pakai kasut bertutup penuh and pakai kasut sekolah dulu je kan.Tapi lama-lama alhamdullilah dapat selesakan jugak.Perkara yang sentiasa ingatkan pada diri ialah walau macam mana keadaan pun,hujan mcm mana pun,basah mcm mana pun,kaki mesti dilindungi.Alhamdulillah dan bersyukur sebab Allah beri rasa pelik tu.Bila dah berhijrah,haruslah istiqamah dengan penghijrahan tu kan :) .Dan sekarang Allah beri lagi rasa pelik itu.Rasa pelik bila tgk perempuan yang memakai penutup dagu tapi nape aku xpakai?Sbb kawasan tu kan kawasan aurat kita jugak.Yang bukan aurat hanya permukaan muka,permukaan dan tapak tangan sahaja.Suka pandang dan tengok dorang yang menutup dagu tu.Alhamdulillah,Allah permudahkan jugak.Rasa bahagia,manis dan nikmat sangat dan serta merta rasa pelik itu hilang :) walaupun bnda tu Nampak kecil je kan.Hanya menutup dagu,tapi bahagia tu Allahurobbi nikmat sangat.Masalah yang ada pun rasa macam tak ada.Trust me :) .Apa yang mira cuba kongsikan disini tidak lebih hanya lah untuk berkongsi benda yang baik dengan korang.Mane tahu cerita mira ni dapat membuka hati korang,dapat menguatkan hati-hati yang mana ingin berubah kan.InsyaAllah dengan izin Allah.Maaf andai ada terlebih kata dan terlebih perasaan.Niat mira sebab nak korang jugak dapat rasa nikmatnya rasa pelik tu :) Mira doakan yang terbaik buat korang.Cuba cari orang yang dapat menguatkan hasrat korang tu.Niat kerana Allah Taala.InsyaAllah Allah permudahkan dan korang akan istiqamah biar seribu macam dugaan tiba :) Kadang-kadang,apa yang kita dapat,apa yang Allah beri mungkin keberkatan doa dari orang lain kan.Dan mungkin penghijrahan mira ni pun berkat dari doa-doa orang yang sentiasa mendoakan mira terutama sekali mama dan abah.Terima kasih sebab tak pernah jemu mendoakan mira :)

Perkongsian bersama :)

HADIS NABI S.A.W

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


2) Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)


3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud


Selamat malam dan Selamat Beramal ^^
Jangan lupa baca Surah Al Mulk sebelum tidur naa..
0 comments

Setahun yang dah berlalu..

Assalamualaikum..:)

Hai korang2 semua,sihat?hope sihat walafiat dengan kehendak Alllah s.w.t.Actually,entry yang mira nak story ni dah berlaku setahun yang lepas.Dah setahun baru nak cerita??haishh,nampak sangat cite dah basi…;P tapiiii…mira tetap nak cerita jugak..hehehe.yerla,blog baru buat kan.so,barulah nak story walaupun bnda dah setahun berlalu.

Ok,back to story.Sebenarnya,bln 10 tahun 2011 alhamdulillah dengan izin Allah mira berjaya menamatkan diploma di Multimedia College,KL dengan keputusan yang baik dan bulan 10 tahun lepas mira dapat naik pentas untuk konvo MMC kali ke-13.Alhamdulillah dan bersyukur sangat2 pada Allah kerana tanpa keizinanNya mira xkan dapat menamatkan diploma ini.Walaupun baru diploma,tapi dengan diploma ini juga mira dapat mencari kerja,menyambung pelajaran ke ijazah dan membeli kereta sendiri..:) yang itu kita cerita next entry ok!

Dekat sini mira nak ucapkan lagi terima kasih pada mama abah,adik-adik,nenek atok,sedara mara dan juga kawan-kawan yang dah banyak sangat membantu dan memberi nasihat dan dorongan selama 2 tahun setengah mira mengambil diploma ni dan juga sehingga kini.Kenangan semasa belajar sangat2 la dirindui.Lagi-lagi bila masing-masing dah masuk alam pekerjaan.Rindu korang..sobs..sobs..sobs :’
 
 
 
 
 
 
Saya di hari Graduan MMC J

Perkara yang paling gembira pada hari tu bukan sebab dapat sekeping sijil diploma ni tapi sebab dapat tengok senyuman mama abah  bila anak sulung mereka ni tamat diploma dengan jayanya.Seriusly,rasa bahagia tengok mereka senyum :)
So,adik-adik yang baru nak mula belajar,yang masih belajar tu.belajar rajin-rajin taw!!tiada apa yang membahagiakan mereka melainkan melihat anak-anak mereka berjaya dunia akhirat.
Psstt…nak pesan ni.bila dah berjaya nanti jangan lupa mereka pula.walaupun mak ayah akan cakap macam ni ‘mak ayah bukan nak duit kamu sangat,Cuma mak ayah nak sangat tengok kamu berjaya dan jadi anak yang soleh dan solehah’
Haa..dengar tu.anak yang soleh/solehah.so,anak yang soleh dan solehah tentu xkan melupakan mak ayah mereka biarpun setinggi mana pangkat dan harta yang mereka miliki kan.InsyaAllah,mira akan doakan korang-korang semua ni akan tergolong anak-anak yang soleh dan solehah.:)
Renungan Bersama :)
 
 
 
2 comments

Home Deco

Assalamualaikum..

Hari ni mira just nak buat short entry tentang home deco.Mesti best bila dah ada rumah sendiri kan.
Impian setiap orang untuk memiliki rumah sendiri.Nak hias rumah rumah xyah tunggu rumah besar,rumah kecil pun boleh hias jugak,yang penting bersih,kemas dan teratur.Barulah boleh dikatakan Home Sweet Home :)

Selamat Mencuci Mata :)
















 
 
 
0 comments

That's we called friendship

A best friend isn't someone who's just always there for you.
It's someone who understands you a bit more than you understand youself.
I love those people who stay with me after knowing how I really am <3



0 comments

Eyebag..Eyebag !! Please leave me..

Assalamualaikum semua...

Mesti korang tahukan macam mana rupanya eyebag,dan ofcouse tak ada orang pun sukakannya termasuk la saya!!!eh,nampk sangat tergolong..kan dah terkantoi..hurm,nak buat mcm mana.pagi keje,malam pula menimba ilmu.semua ni untuk mencari masa depan yang cerah..acehcehh..
Eyebag ni kalau tak dirawat akan mendatangkan kesan yang xbaik dan xcantik pada muka.Perempuan kan xboleh lari dari kecantikan.kan2.Tapi jangan lah keterlaluan.remind to self.So,cepat2 google cari cara nak kurangkan eyebag.kalau boleh nak hilangkan terus pun xpe..hahahaha..

Antara Tip-Tips :

 
1. Air Kosong
 
Korang dinasihatkan supaya minum air kosong 8 gelas sehari. TETAPI and dilarang minum air kosong 1/2 jam before tidur. Sebabnya? sebab bila korang minum, and then korang terus tidur air yg kita minum tu akan terus berada di bawah mata kita. Itulah punca eyebag. Kalau nak minum tu, make sure 1/ 2 jam before nak tidur.Lgi pun tak dapat dinafikan,air kosong nikan penawar bagi segala penyakit.Am I right??? ;)
 
 
 
 
 

 
 
2. Timun
 
Korang boleh cuba potong timun macam dekat gambar atas and then letakkan dalam 10 minit ke.Lepas tu,buanglah.Jangan makan pulak.Kalau dah termakan tu tanggung sendiri sbb mana tahu dah lapar sangat kan. :D

 
 

 

 
 
3. Uncang Teh
 
Korang yang suka sangat bancuh or minum air teh ni, mesti kalau uncang dia tu korang terus buang kan? Jap2,jangan buang ...... Uncang teh ni ada khasiat nya yang tersendiri yang boleh juga membantu menghilangkan eyebag.Letak uncang teh yg telah disejukkan; samaada diletakkankan dalam air dan dimasukkan ke dalam peti sejuk or terus rendam dengan air sejuk, letakkan di kedua-dua belah mata semasa tidur. Keesokannya memang korang akan rasa segar je mata tu.Cuba lah try ye!
 
 

4. Eye Mask

Yang ni memang xpernah cuba dan xpenah nampak..huhuhu..Korang boleh dapatkan nya di farmasi or kalau nak senang dekat Watson or Guardian. Kat sana comfirm ada.Google yang cakap Cara pakai dia sama jugak mcm pakai timun and uncang teh tu





5. Eye Collagen

Yang ni paling mujarab!!!!!! sebab mira penah guna jugak :) mula-mula korang pakai, eye collogen tu tersangat lah tebal. Tapi bila korang pakai lama lama dalam 2 3 jam benda tu akan menipis, Maknanya, collogen dia dah menyerap masuk dalam mata. So you should try it! Kat mana nak dapat?
dekat sini.Nak tahu lebih lanjut mengenai eye collagen ni,baca entry ini


So,cubalah tips-tips ni bagi mereka yang mangsa kepada EYEBAG.Usaha itu penting,tapi rehat dan tidur juga penting.Kalau tidur hanya 3 or 4 jam sehari,cuba tips2 ni.tetap xboleh hilangkan eyebag ni.

Selamat Malam dan Selamat Beramal~ ^^
 

 
 


0 comments

Untung Menjadi Wanita

 
The person most most I loved must be my luvly mom..I love u mum very much!!

0 comments

Assigment 4

Excel Group 0 comments

Assignment 3 - Excel

Excel Individu 0 comments

My Lab Task 4

Microsoft Power Point
About FRIENDSHIP :) 0 comments

Wordless Wednesday



0 comments