Bismillahirrahmannirahim...
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah telah berikan selama 22 tahun hidup ini.Segala duka,kesakitan yang dilalui dapat memberi seribu pengajaran dalam meneruskan kehidupan ini.
Peace ^^.Rasa dah berkurun sangat meninggalkan blog ni.Terhasilnya blog ini disebabkan tugasan sem lepas,subjek Aplikasi Komputer.Mula-mula bila dapat tahu kena buat blog ni,macam-macam rasa ada.Rasa suka,excited dan rasa malas pun ada..hehehe sebabnya lecture nak blog ni kena hias cantik-cantik,selalu update.Ohhh...nak cerita ape,bukan reti sangat pun nak membebel sorang-sorang :D..kreatif menghias blog..lagi la jauh.Budak akaun??kreatif tgk nombor yela :) tapi usaha jugak mcm mane alasan pun dan akhirnya Alhamdulillah dapat result yg boleh tersenyum lebar.:D.
Ok.cukup mukadimah.berbalik pada tajuk.
Apa yang korang akan pikir bila baca tajuk ni?ke tak pikir pape?hehehe..
Ok.Pernah dengar kan ayat ni?
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Jadi,mesti pernah terdetik rasa "Pelik" tu kan?Alhamdulillah jika pernah sebab itu tanda hidayah dari Allah :)
Dapat tangkap ape rasa pelik itu?Ok,mira cerita sedikit pengalaman mira mengalami rasa pelik itu.
Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah 2 tahun berhijrah.Berhijrah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.Sebenarnya,sejak sekolah rendah lagi bila time habis sekolah suka tengok akak-akak sekolah menengah yang pakai tudung labuh sbb nampk manis sangat dan berhasrat jugak bila sekolah menengah nanti nak pakai macam tu jugak.Alhamdulillah tercapai hasrat tu tapi tak istiqamah.Iman masih rapuh :( .
Bulan 12 tahun 2011,permulaan bagi segala-galanya.Allah beri dugaan,Allah beri rasa pelik itu.Pelik bila keluar pakai tudung tidak menutup dada sepenuhnya,pelik bila keluar pakai baju yang menampakkan bentuk badan,pelik bila keluar pakai seluar yang menampakkan bentuk kaki.Yer,memang rasa pelik sangat time tu.Rasa pelik yang tak pernah rasa + malu sangat.Dan mira sedar sebenarnya dah masanya Allah beri hidayah untuk berubah.Nak berubah memang bukan mudah kan?Semua pakaian kena tukar sebab dah ada rasa malu untuk keluar pakai pakaian yang ada dan tambahan rasa pelik itu terus ada.Nekad,walaupun baru kerja,tapi tetap kena berubah untuk kebaikan sendiri dan untuk orang lain jugak terutamanya kelurga sendiri.Alhamdulillah,dengan rezeki Allah,perlahan lahan dapat melonggarkan mana yang patut dan melabuhkan mana yang patut.
Pada awalnya,apa yang mira pikirkan."kalau aku berubah macam ni,sapa nak kawan dengan aku?mesti dorang xnak keluar dengan aku dah".See..syaitan itu tak pernah mengalah untuk menyesatkan kita.Melemahkan kita dengan perasaan macam tu.Apa yang mira fikirkan jauh meleset sbb kawan-kawan mira dapat menerima mira dengan baik sekali.Thanx korang.Bahagia dapat kawan macam korang ^^.Dah habis rasa pelik tu,datang pulak rasa pelik bila keluar kaki xpakai pape (maksudnya tak pakai sarung kaki) dan time tu mulalah cari orang yang pakai sarung kaki.nampak cantik sangat kaki yang dilindungi dari pandangan orang.Dan bermulalah,penghijrahan yang baru iaitu menutup kaki bila keluar dari rumah.Tapiii...syaitan tu masih berusaha lagi dengan mendatangkan mcm-mcm perasaan untuk menghalang mira meneruskan niat.Nekadkan hati,harus pakai jugak walaupun pada awalnya rasa kekok jugak sebabnya yela selalu pakai sarung kaki bila pakai kasut bertutup penuh and pakai kasut sekolah dulu je kan.Tapi lama-lama alhamdullilah dapat selesakan jugak.Perkara yang sentiasa ingatkan pada diri ialah walau macam mana keadaan pun,hujan mcm mana pun,basah mcm mana pun,kaki mesti dilindungi.Alhamdulillah dan bersyukur sebab Allah beri rasa pelik tu.Bila dah berhijrah,haruslah istiqamah dengan penghijrahan tu kan :) .Dan sekarang Allah beri lagi rasa pelik itu.Rasa pelik bila tgk perempuan yang memakai penutup dagu tapi nape aku xpakai?Sbb kawasan tu kan kawasan aurat kita jugak.Yang bukan aurat hanya permukaan muka,permukaan dan tapak tangan sahaja.Suka pandang dan tengok dorang yang menutup dagu tu.Alhamdulillah,Allah permudahkan jugak.Rasa bahagia,manis dan nikmat sangat dan serta merta rasa pelik itu hilang :) walaupun bnda tu Nampak kecil je kan.Hanya menutup dagu,tapi bahagia tu Allahurobbi nikmat sangat.Masalah yang ada pun rasa macam tak ada.Trust me :) .Apa yang mira cuba kongsikan disini tidak lebih hanya lah untuk berkongsi benda yang baik dengan korang.Mane tahu cerita mira ni dapat membuka hati korang,dapat menguatkan hati-hati yang mana ingin berubah kan.InsyaAllah dengan izin Allah.Maaf andai ada terlebih kata dan terlebih perasaan.Niat mira sebab nak korang jugak dapat rasa nikmatnya rasa pelik tu :) Mira doakan yang terbaik buat korang.Cuba cari orang yang dapat menguatkan hasrat korang tu.Niat kerana Allah Taala.InsyaAllah Allah permudahkan dan korang akan istiqamah biar seribu macam dugaan tiba :) Kadang-kadang,apa yang kita dapat,apa yang Allah beri mungkin keberkatan doa dari orang lain kan.Dan mungkin penghijrahan mira ni pun berkat dari doa-doa orang yang sentiasa mendoakan mira terutama sekali mama dan abah.Terima kasih sebab tak pernah jemu mendoakan mira :)
Perkongsian bersama :)
HADIS NABI S.A.W
1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
2) “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud
Selamat malam dan Selamat Beramal ^^
Jangan lupa baca Surah Al Mulk sebelum tidur naa..
0
comments